Hanya Kerana SMS

Thursday, December 24, 2009

sebelum ini...
apa dia buat
apa dia cakap
sikit pun tidak terkesan di hati
sikit pun tak berjaya menumpahkan kolam air mata

tapi semalam...
hanya dengan satu kiriman SMS
laju saja air mata tumpah
rasa sakit sangat di hati
tembok yang menguatkan diri
sudah selamat dirobohkan dia...

buat dia...
cakaplah apa pun
fikirlah apa pun
buatlah apa pun
ubahlah apa pun
saya tetap saya
sayang saya tetap buat dia

andai pertukaran nyawa boleh buat dia bahagia
seikhlas hati saya katakan...
saya sanggup
sebab?
saya hanya ada dia dan dia hanya ada saya
(sampai mati pun dia tak boleh ubah yang satu ini)

Salam Maal Hijrah

Thursday, December 17, 2009

Wayang, Wayang, Wayang...

Monday, December 14, 2009

asyik-asyik wayang
wayang, wayang, wayang...
itulah komen salah seorang rakan saya
dengkilah tu :-)

Ally, nanti bila-bila Da layan wayang dengan kau ek
jangan dengki-dengki tau
tak baik untuk kesihatan kau
hahaha...

Jumaat baru ni
layan wayang lagi
agaknya kami (saya, Bikash, Aleya, Rehal dan Fauzi)
tak boleh masuk panggung kut
mesti nak buat maraton lagi
balas dendam agaknya
(minggu sebelumnya tak dapat nak layan 2 movie)
jadi...
buat tuntutanlah :-)

kali ini
kami layan cerita...

~2012~
akhirnya dapat juga saya layan cerita ni
walaupun sedikit hilang fokus
(diri aje kat situ, otak entah ke mana-mana :-))
ceritanya tetap berjaya menambat hati saya
tiba-tiba terfikir akan perkara yang berlaku
kalau jadi kat saya...
macam manalah agaknya

~Ninja Assassin~
mula-mula tengok cerita ni
rasa macam nak keluar panggung waktu tu jugak
(gerun tengok cara mereka bertarung)
alih-alih...
saya mula dapat memberi tumpuan
mula boleh terima jalan ceritanya yang agak ganas
dan...
rasa seronok pulak
walaupun ada ketikanya tutup muka sebab tak sanggup nak tengok
tapi...
macam ada sesuatu yang kurang
tak puas rasanya tengok cerita tu
macam ada yang disembunyikan
apa ya?
entah!
hahaha...

Cuci Mata

Thursday, December 10, 2009

rutin terpaksa dijalankan
walaupun tak sempat nak layan dua cerita macam biasa
tapi, tetap diteruskan

Jumaat lepas
saya, Bikash, Aleya, Shanika, Rehal, Hanny (ahli baru), Fauzi dan Shafiq
serbu Mid :-)

kalau dah pergi Mid tu
tak ada benda lainlah yang dibuat
layan wayanglah
tengok cerita apa?
tadaa...

new moon
cerita yang ditunggu-tunggu
tapi...
rasa tak suka pulak bila watak Jacob mula nak rampas takhta Edward
hehehe...

saya dah mula tertarik dengan bapa Edward
(tak nak berebut Edward dengan Bikash dan Hanny)

Sabtu
asalnya hanya nak ke Plaza Rakyat-beli tiket
mak dah sibuk telefon suruh balik ;-)

alih-alih
selamat sampai ke Times Square
buat apa?
tengok wayang lagi


Mulan
layan cerita inilah hari tu
secara peribadi
saya lebih suka layan kartunnya
nak tahu kenapa...
kena tengok sendirilah :-)

gambar kat atas ni
saja nak tempek kat sini
sebab...
hati dah mula tertawan dengan jalan ceritanya
(Hi My Sweetheart)
asyik ketawa aje

Tahniah!!!

Thursday, December 3, 2009

Tunas Cipta?
dah lama tak hantar karya di sini
karya saya yang terakhir diterbitkan oleh Tunas Cipta rasanya...
cerpen-Makhfi Sebuah Kesabaran (Disember 2007)
lama tu...
dah dua tahun
nampak sangat saya ni malas :-)

sebenarnya...
bukan topik di atas yang nak dijadikan ceritanya kali ini
benda lain...
berkaitan dengan Tunas Cipta juga
erm, tetap di bulan yang sama-Disember
cuma... tahun saja yang berbeza
tahniah buat rakan-rakan yang karyanya tersiar di Tunas Cipta keluaran Disember 2009
antaranya:-

teman-teman ASWARA
Airul-Daripada Teman Buat Teman (puisi)
Nada Haifa-Tanah Atuk (cerpen)
Roydy-Raja Badang (drama)

teman-teman MPR
Yana-Menunggu Pagi (puisi)
Ode a.k.a Azizul Ikhwan-tetamu Buah Pena Alumni MPR
(ada beberapa puisi karyanya disertakan)

tak lupa juga buat
Faisal Tehrani
Nimoiz T.Y
dan semua :-)

nampak gayanya saya ni harus kembali rajin
:-)

Hari Dia

Tuesday, December 1, 2009

dah lama tak tahu pasal dia
sihat ke dia?
okey ke dia?
erm, memang saya ni dah jauh ketinggalan
apa yang saya tahu
dia berada di Sabah sekarang ini
dan...
dia pernah menjadi seorang sahabat yang baik dan memahami

untuk dia yang pernah hadir dalam hidup saya
selamat hari lahir
semoga sentiasa berada dalam keredhaan-Nya

Berakhirnya Nur Kasih


akhirnya...
Nur Kasih sudah selamat melabuhkan tirai
dan saya berjaya buat Cik-cik mengikuti cerita ini
(walaupun tengok yang ulangan-tak pernah tinggal katanya)

Nur Kasih ada DVD?
macam tak percaya
boleh bodek Cik-cik ni :-)

 
HAFIRDA AFIELA - by Templates para novo blogger